Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40 2014 telah disempurnakan oleh wakil Dato' Makhtar Bin Mustapha selaku Pengarah JPP Negeri Kelantan.
Majlis ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sumbangan yang amat menggalakkan dari ibu bapa pelajar. Pelbagai pesanan dan kata-kata semangat telah disampaikan oleh wakil JPP kepada para guru dan ibu bapa SMK Badak khusunya.
Mesyuarat PIBG ini dimulakan dengan nyayian lagu negaraku dan seterusnya ucapan oleh En. Mohamed Azman Bin Mohamed selaku pemangku pengetua. PKP mengucapkan ribuan terima kepada para ibu bapa kerana sudi hadir ke mesyuarat Agung PIBG kali ke-40 tahun ini.
Dalam majlis ini juga wakil JPP Negeri Kelantan telah menyampaikan cek berjumlah RM15,000 kepada bapa pelajar yang telah mengalami kemalangan semasa pulang dari sekolah dan lumpuh seluruh badan.

No comments:
Post a Comment