KEKUATAN DOA

KEKUATAN DOA

Monday, 31 March 2014

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40 2014 telah disempurnakan oleh wakil Dato' Makhtar Bin Mustapha selaku Pengarah JPP Negeri Kelantan.
Majlis ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sumbangan yang amat menggalakkan dari ibu bapa pelajar. Pelbagai pesanan dan kata-kata semangat telah disampaikan oleh wakil JPP kepada para guru dan ibu bapa SMK Badak khusunya.
Mesyuarat PIBG ini dimulakan dengan nyayian lagu negaraku dan seterusnya ucapan oleh En. Mohamed Azman Bin Mohamed selaku pemangku pengetua. PKP mengucapkan ribuan terima kepada para ibu bapa kerana sudi hadir ke mesyuarat Agung PIBG kali ke-40 tahun ini.
Dalam majlis ini juga wakil JPP Negeri Kelantan telah menyampaikan cek berjumlah RM15,000 kepada bapa pelajar yang telah mengalami kemalangan semasa pulang dari sekolah dan lumpuh seluruh badan.

KURSUS IN HOUSE TRAINING VLE FROG


Kursus VLE Frog Fasa 1 telah dijalankan pada bulan Januari yang lalu bagi mendedahkan kepada para guru mengenai Virtual Learning Environtment bagi menyahut cabaran kementerian memperkasakan ICT dalam proses PdP di sekolah. Kursus ini telah dijalankan selama 3 hari dan telah dibahagikan kepada 3 kumpulan. Para guru diminta login dengan menggunakan 'username' dan 'password' yang telah diberikan oleh pihak YTL Corporation. Semoga dengan pendedahan ini akan memberikan inspirasi dalam menghasilkan BBM yang terbaik untuk pelajar SMK Badak.