KEKUATAN DOA

KEKUATAN DOA

Wednesday, 2 April 2014

AMALAN YANG DIMULIAKAN ALLAH

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat
dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilautan...
1. Bismillahhirrahmannirahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulillah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. Astagfirullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akandatang.
5. Lahaulawalaquatai llahbillah:
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6. Innalillah:
jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7. Lailahaillallah:
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.
Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih oleh Allah...

Tuesday, 1 April 2014

SURAH DAN TERJEMAHAN

TAKTIK BARU PENJENAYAH

kepada anak-anak remaja di luar sana, hati-hati dengan perangkap jenayah
AWAS TAKTIK KOTOR PENJENAYAH - Info dari Rakan FB Bomba

Pendedahan satu taktik kotor penjenayah yang mengambil kesempatan memperdaya gadis-gadis terutama pelajar sekolah.Jangan mudah mengambil minuman atau makanan daripada sesiapa samada yang dikenali ,lebih-lebih lagi yang tidak dikenali.

Gambar tersebut menunjukkan cara air kotak disuntik dengan bahan penghayal dan digam(seal) semula supaya kelihatan seperti asal sebelum diberi kepada pemangsa. Sebarkan

KENAIKAN PENGKAT PPP GRED DG29, DG32,DG34 DAN DG38

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat PPP Gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 yang memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan ke Gred DG42. Mana-mana pegawai yang berminat hendaklah tersebut hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap melalui Ketua Jabatan untuk pertimbangan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) di KPM bagi tujuan kenaikan pangkat tersebut.

Sebarang permohonan perlu dikemukakan menerusi JPN / Bahagian masing-masing. Sebarang permohonan yang tidak dibuat menerusi JPN / Bahagian tidak akan diproses. Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh di download dihttp://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=4129