KEKUATAN DOA

KEKUATAN DOA

Friday, 9 May 2014

PROGRAM JEJAK BESTARI 2014


Program ini telah diadakan pada 15 April 2014 (selasa) yang melibatkan pelajar Tingkatan Lima yang bermasalah bersama ibu atau bapa mereka. 
         Program Jejak Bestari ini merupakan program mentor mentee yang mana seorang guru dipertanggungjawabkan ke atas seorang pelajarnya. Mentor terdiri daripada guru-guru yang mengajar Tingkatan Lima. 
     


 Program ini telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran selaku pemangku Pengetua SMK Badak 2014. 

Wednesday, 2 April 2014

AMALAN YANG DIMULIAKAN ALLAH

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat
dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilautan...
1. Bismillahhirrahmannirahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulillah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. Astagfirullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akandatang.
5. Lahaulawalaquatai llahbillah:
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6. Innalillah:
jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7. Lailahaillallah:
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.
Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih oleh Allah...

Tuesday, 1 April 2014

SURAH DAN TERJEMAHAN

TAKTIK BARU PENJENAYAH

kepada anak-anak remaja di luar sana, hati-hati dengan perangkap jenayah
AWAS TAKTIK KOTOR PENJENAYAH - Info dari Rakan FB Bomba

Pendedahan satu taktik kotor penjenayah yang mengambil kesempatan memperdaya gadis-gadis terutama pelajar sekolah.Jangan mudah mengambil minuman atau makanan daripada sesiapa samada yang dikenali ,lebih-lebih lagi yang tidak dikenali.

Gambar tersebut menunjukkan cara air kotak disuntik dengan bahan penghayal dan digam(seal) semula supaya kelihatan seperti asal sebelum diberi kepada pemangsa. Sebarkan

KENAIKAN PENGKAT PPP GRED DG29, DG32,DG34 DAN DG38

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat PPP Gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 yang memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan ke Gred DG42. Mana-mana pegawai yang berminat hendaklah tersebut hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap melalui Ketua Jabatan untuk pertimbangan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) di KPM bagi tujuan kenaikan pangkat tersebut.

Sebarang permohonan perlu dikemukakan menerusi JPN / Bahagian masing-masing. Sebarang permohonan yang tidak dibuat menerusi JPN / Bahagian tidak akan diproses. Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh di download dihttp://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=4129

Monday, 31 March 2014

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40 2014 telah disempurnakan oleh wakil Dato' Makhtar Bin Mustapha selaku Pengarah JPP Negeri Kelantan.
Majlis ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sumbangan yang amat menggalakkan dari ibu bapa pelajar. Pelbagai pesanan dan kata-kata semangat telah disampaikan oleh wakil JPP kepada para guru dan ibu bapa SMK Badak khusunya.
Mesyuarat PIBG ini dimulakan dengan nyayian lagu negaraku dan seterusnya ucapan oleh En. Mohamed Azman Bin Mohamed selaku pemangku pengetua. PKP mengucapkan ribuan terima kepada para ibu bapa kerana sudi hadir ke mesyuarat Agung PIBG kali ke-40 tahun ini.
Dalam majlis ini juga wakil JPP Negeri Kelantan telah menyampaikan cek berjumlah RM15,000 kepada bapa pelajar yang telah mengalami kemalangan semasa pulang dari sekolah dan lumpuh seluruh badan.

KURSUS IN HOUSE TRAINING VLE FROG


Kursus VLE Frog Fasa 1 telah dijalankan pada bulan Januari yang lalu bagi mendedahkan kepada para guru mengenai Virtual Learning Environtment bagi menyahut cabaran kementerian memperkasakan ICT dalam proses PdP di sekolah. Kursus ini telah dijalankan selama 3 hari dan telah dibahagikan kepada 3 kumpulan. Para guru diminta login dengan menggunakan 'username' dan 'password' yang telah diberikan oleh pihak YTL Corporation. Semoga dengan pendedahan ini akan memberikan inspirasi dalam menghasilkan BBM yang terbaik untuk pelajar SMK Badak.